Sunday 14 December 2014

Petua mengecilkan pori pori wajah

Cara mengecilkan pori pori wajah

1. Ambillah limau nipis, sapukan air limau pada wajah, biarkan beberapa saat ( 7-10 minit ) kemudian bersihkan dengan air hangat... atau 

2. Ambillah  putih telur dan campurkan dengan  madu , kemudian sapukan pada wajah, biarkan sampai kering, bilas dengan air dingin.




Selamat mencuba..

Thursday 11 December 2014

MAKANAN YANG AKTIFKAN CYST.



Makanan yang perlu dielakkan:

1.) Soya dan evening primrose.
Soya dan evening primrose mengandungi phyto estrogen. Phyto ni bermaksud tumbuhan manakala phyto estrogen bermaksud tumbuhan yang mempunyai fungsi seakan akan estrogen.
So, bila kita makan benda ni maka paras estrogen dalam badan kita akan tinggi dan mengalakkan pembesaran cyst. Doc ade bagitahu saya yang sume wanita ade cyst cuma kecil atau besar, boleh hilang tak boleh hilang.


evening primrose oil

**info yang baru saya tahu: minum soya sewaktu mengandung bukan boleh mencantikkan kulit anak tetapi mendedahkan risiko untuk anak tu mendapat kanser. Then, mengikut kajian keatas pesakit kanser payudara plak, ramai antara mereka menggunakan evening primrose ni.

2.) Ayam.
Ayam kan disuntik hormon untuk mempercepatkan kadar pembesaran dia. Kebiasaannya ayam disuntik hormon estrogen. Tapi ayam kampung boleh makan kot.

3.) Ikan keli yang dibela.
Kena tangkap ikan keli dalam sawah la pasni kalau dah mengidam sangat.

4.) KAWAL PEMAKANAN
Kolestrol juga adelah penyebab kenaikan hormone estrogen. Kolestrol adalah precursor kepada estrogen.




NOTA TAMBAHAN
Pemakanan bg Wanita pengidap Endometriosis/Adenomyosis/Fibroid/Cyst/PCOS

Disini saya kongsikan bersama jenis makanan yg amat sesuai & yg harus di elakan bagi wanita yg punyai masalah seperti di atas atau pun yg pernah menjalani pembedahan tetapi ia nya berulang kembali.

Makanan yg di galakkan

> Ikan laut seperti bawal emas, kembong & selar
> Sayuran jenis kekacang - kacang panjang, buncis, sweet pea dll.
> Kekacang - badam, kacang tanah, black bean, kacang merah dll.
> Sayuran - kobis, brocoli, bayam, dan ulam-ulaman pegaga, pucuk ubi dll
> Buah-buahan - Nenas & betik
> Ubi kayu
> Sup miso ( sejenis pes yg di buat dari kacang soya yg di peram dicampur kedlm
sup utk di jadikan miso sup)
> Teh hijau

Makanan yg harus di elakkan

> Daging merah (kambing & lembu)
> Ayam ( Boleh di ambil dlm kuantiti yg sedikit)
> Produk tenusu seperti keju
> Ikan haruan
> Gamat
> Bahan perisa - pes segera & kiub2 perisa seperti stok ayam, stok bilis dll.
> Makanan manis - kuit muih manis & pencuci mulut
> Minuman berkarbonat ( krn tinggi kandungan gula)
> Makanan segera - burger, sosej, nugget, mee segera dll
> Makanan ringan - cip kentang, jajan dll.
> Makanan berlemak/ berminyak

FIBROID DAN CYST

♛RAHIM ADALAH EMAS BAGI WANITA♛

TANDA - TANDA FIBROID DAN CYST DALAM RAHIM YANG BERMASALAH

✔ Gangguan Haid
✔ Keputihan
✔ Masalah ketidaksuburan
✔ Kemandulan di kalangan wanita
✔ Hubungan suami isteri yang dingin atau sakit ketika bersama
✔ Perut kembang
✔ Angin yang keluar dari vagina (Kentut Vagina)
✔ Rasa gatal dan keluar bau kurang enak pada vagina
✔ Kerap membuang air kecil ketika batuk, berlari dan berlompat
✔ Kerap letih dan lesu
✔ Sakit lutut dan tumit
✔ Kesejukkan kaki dan tanggan
✔ Kekejangan otot dibawah betis (simpul mengkarung)
✔ Kerap keguguran
✔ Ketumbuhan fibro dan cyst





BAGAIMANA KETUMBUHAN FIBROID DAN CYST TERJADI?

1. Punca penyakit ini bermula pada ganguan haid dan sengugut
2. Satu kajian yang menunjukan bahawa lebih kurang 50% daripadanya wanita
3. Ia sering berlaku dikalangan wanita yang tidak berkahwin dan yang pernah beranak.

ADAKAH IA BOLEH DIRAWAT?

Seperti yang ditulis oleh Dr Hamid Arshar dalam tulisan beliau tidak ada rawatan yang menggunakan ubat hospital yang boleh mengecutkan ketumbuhan fibroid TETAPI ada kemungkinan ubat-ubatan tradisional seperti akar kayu atau dedaun yang mungkin mempunyai kesan, khusus terhadap rahim boleh mengecutkan ketumbuhan pada fibroid. Bidang ini masih lagi terbuka luas dan usaha yang boleh mendapatkan ramuan untuk mengecutkan ketumbuhan fibroid.

Kebanyakan yang kita dengar ramai wanita Malaysia yang menghadapi ketumbuahan fibroid, rata-ratanya akan mengambil jalan mudah dengan menjalani proces pembedahan. Tapi masih juga ketumbuah itu akan tumbuh selepas beberapa bulan atau tahun itu pun bergantung pada aktifnya fibroid mereka.

P/S: KIS pon baru tau ni..jom kita sama2 jaga kesihatan dalaman dan elakkan MAKANAN YANG MENGAKTIFKAN CYST..!!

Wednesday 10 December 2014

Air Kelapa Tua Sebagai Pelembab Muka.


Hey,, Assalam Alls.


Kali ni KIS nak kongsi pengalaman KIS semasa zaman remaja...
U alls nak tau tak?

Masa dulu2 zaman kis remaja selalu jugak lah kis kena masak.. nak masak jenis yg guna santan ni kena la dulu kopek kelapa.. u alls pandai tak kopek kelapa?? ha kis pandai tau sampai sekarang... org kampong la kata kan..
Selalu bila dah kopek kelapa, belah..air kelapa tua tu kis akan tadah dalam cawan,kis tak buang pon... kalau ada tombong kelapa kis ngap dulu.... ermmmm manisnya...

Nak tau air kelapa tua tu utk apa??
U all tahu tak air kelapa tua boleh dijadikan sebagai pelembab kulit muka? Kalau tak tau, bolehlah kis terangkannya secara ringkas..yang dah tahu tu kita sejiwa rupanya.... hehehehe






1. Pertama sekali, u alls cuci muka dahulu dengan air bersih.

2. Kemudian, cuci muka u alls sekali lagi dengan air kelapa tua.

3. Biarkannya serap di muka u alls lebih kurang dalam 15 minit atau sampai kering melekit.

4. Selepas itu, cucilah muka u alls semula dengan air sejuk.

5. Amalkan setiap kali selepas u alls mandi. Kalau nak buat sekali semasa mandi pun boleh. Mana-mana yang u alls rasa selesa lah. :)


Kalau kis,kis selalu buat masa masak tu...siap masak baru cuci.
Ini lah yang selalu kis lakukan/amalkan masa kis remaja dulu sampai sekarang..gunakan bahan semulajadi utk kebaikan semulajadi... Alhamdulillah

p/s: kena amalkan ya... jangan guna/buat sekali dah nak dapat result... memang tak lah...

Selamat mencuba..!!




Tuesday 2 December 2014

CARA UNTUK MENAIKKAN PERANAKAN TURUN / JATUH.



Assalam alls..lama tak update blog KIS, Korang semua sihat?

Hari ni KIS nak story sikit pasal tajuk di atas tu.. u alls nak tau tak ni ?? meh teruskan membaca erkk....
Masalah ni sering di hadapi oleh kaum-kaum mcm kita ni,

terutama pada yang dah berkahwin dan yang dah melahirkan...sedikit sebanyak semua orang akan mengalaminya...samada disedari atau tidak...bergantung pada tahap mana masalah yang dihadapi...

Rahim jatuh atau dikenali sebagai prolaps boleh berlaku dalam pelbagai peringkat. Pada peringkat awal, rahim hanya jatuh sedikit daripada kedudukan biasa (yang ni memang ramai tak perasan)...
peringkat kedua apabila rahim jatuh sampai ke permukaan faraj (tahap ni akan ada rasa beberapa kesan sampingan dan tanda-tanda)...
manakala peringkat ketiga, keadaan yang sangat teruk iaitu apabila keseluruhan rahim terkeluar daripada saluran vagina dan permukaan. Ini dipanggil tombong.

Itu sebab lah org tua dulu berpesan
perempuan tak elok angkat benda yang berat-berat...
hati-hati ye..jangan nak tunjuk terer sangat...kite org perempuan..kudrat tak kuat mana...mungkin tenaga tu ada tapi ada bahagian dlm tubuh kite yg memang tak berdaya..
tapi tu lah orang-orang sekarang...payah nak dikata...ada je jawapannya...
memanglah benda ini tak membahayakan nyawa...
ikut andalah kan...


Punca-punca rahim turun
1. Jatuh terhentak yg kuat
2. Angkat benda yg berat
3. Tidak berpantang dengan baik selepas bersalin
4. Tolak benda dgn kaki terutama sekali menggunakan ibu jari
5. Obesiti
6. Pergerakan yang lasak
Kesan akibat peranakan jatuh

1. Sakit perut yang luar biasa.
2. Keluar cecair dari rahim.
3. Keputihan/lendir putih yang banyak dari kebiasaan.
4. Sakit pada ari-ari.
5. Sakit pada dinding faraj.
6. Sakit ketika 'bersama' suami.
7. Rasa kejang pada bahagian bawah perut.
8. Terasa seperti mahu bersalin/macam ada benda nak keluar dari faraj.(Ini peringkat yang teruk).
Tanda awal

1. Selalunya waktu petang lepas asar badan rasa nak demam, kaki tangan rasa sejuk.
2. Terasa nak buang air kecil dengan kerap.
3. Sakit pinggang dan sengal-sengal di bahagian bawah perut.(ari-ari)
4. Kalau berdiri, terasa seperti rahim seakan jatuh dan rasa sengal.
5. Cepat rasa penat kalau buat kerja.
6. Peha dan betis rasa kebas-kebas.




Cuba Check
1. Baring lurus, jangan guna bantal.
2. Sapu minyak pada perut dan atas ari-ari especially di bawah pusat.
3. Gosok minyak ke seluruh tempat perlahan-lahan.
4. Mulakan dengan urutan di sebelah kiri perut dan bawa ke tengah.
5. Urut sebelah kanan perut dan tarik ke tengah.
6. Bernafas seperti biasa.
7. Cuba tekan bahagian bawah pusat, betul-betul di atas ari-ari. Kalau rasa sengal dan ada rasa benjolan kecil, itu tanda peranakan anda dah jatuh.



Rawatan
Biasanya mak bidan akan urut dan naikkan balik rahim di kedudukan asal.

Cara utk menaikkan kedudukan rahim yang jatuh
Selain amalkan senaman kagel tu...cara ini pon boleh membantu...
tapi sebaiknya buat urutan sengkang rahim dulu dari mak bidan...
bagi yang dah teruk tu,sila dapatkan nasihat dari yang pakar..

kalau tak boleh tegak lurus pon tak apa..ikut kesesuaian diri...
praktice makes perfect!
kalau takut..minta bantuan sesiapa pegang kaki tu...
buatlah dalam kiraan 10-20. (slow ye kira tu) bernafas macam biasa...


(Yang ni KIS selalu buat utk diri sendiri...)

Langkah ini hanya bersifat sementara je...sebaiknya dapatkan khidmat bidan utk sengkak rahim

1. Mulakan urutan sendiri pada perut kasi lembut urat perut.
2. Bila urat perut dah lembut, perlahan-lahan sila angkat kaki ke atas dinding dan pada masa yang sama tarik bahagian yang berbenjol di atas ari-ari ke sebelah atas ( ke arah pusat).
3. urut pelan-pelan dari bawah naik ke atas
kalau sengal, berhenti dulu dan ulang sehingga anda rasa lega.
4. rehat seketika sebelum bangun.


SELAMAT MENCUBA... 
p/s: Sayangilah diri KITA...
"kerana diri KITA begitu berharga"