Tuesday 30 September 2014

RAWATAN SELEPAS BERSALIN.

Rawatan dan Penjagaan Selepas Bersalin di LEMBAH KLANG.. 

Ramai ibu moden kini yang melupakan dan memandang remeh soal berpantang selepas bersalin. Walaupun berpantang secara tradisional ini dianggap kolot dan ketinggalan zaman. Tanpa ibu2 moden ini sedari berpantang ini sebenarnya sangat2 membantu memulihkan kesihatan luaran dan paling penting dalaman seorang ibu.

 Lebih2 lagi bagi ibu yang melahir anak buat kali pertama. Menjaga anak kecil memerlukan kesihatan fizikal dan mental yang kuat. Ramai juga ibu yang tidak tahu kesan kepada kesihatan sekiranya tidak berpantang. Bagi mereka yang telah melalui bersalin tanpa berpantang pasti akan menasihatkan untuk berpantang.



*Kepentingan berpantang ;
*Memulihkan luka dalaman.
*Mengecutkan rahim.
*Mengelakan rahim dan badan masuk angin.
*Memperbanyakan air susu.
*Mengeluarkan darah nifas dengan baik.
*Membetulkan urut2 sepanjang tempoh mengandung.
*Mengecilkan kembali lubang faraj.
*Mengelakan badan cepat penat, pening kepala, sakit pinggang. 
*Mengelakan terkena bentan.
*Mengelakan ibu meroyan akibat emosi terganggu.
*Mengekalkan kesihatan berpanjangan.



KIS AURA ada menyediakan beberapa pakej untuk ibu dan anak selepas bersalin yang boleh dipilih.

RAWATAN LEPAS BERSALIN


PAKEJ NORMAL 1

PAKEJ NORMAL 2





PAKEJ LENGKAP 1


PAKEJ LENGKAP 2




# perlukan Jamu,Tungku moden, Bengkong,Pilis dan Param ? 
Boleh oder..




#Hubungi KIS AURA segera.. 0108959829


Friday 26 September 2014

Tungku Bayi

Tungku Bayi


Bahan Utama:


Lada ekor, Lada Hitam, Jintan, dll


Kegunaan Tungku Bayi

*Memberi keselesaan/kehangatan kepada bayi selepas mandi
*Mengelakkan kembung perut
*Mengelakkan bengkak selepas suntikan imunisasi
*Mengelakkan angin pasang bagi bayi lelaki


Herba

Cara penggunaan:

1)Tekapkan tungku bayi pada seterika panas
2)Rasa tungku bayi di belakang tapak tangan agar tak terlalu panas (suam2)
3)Kemudian, tuam di bahagian perut, belakang badan, tapak kaki bayi
4)Bagi bayi lelaki, tuam di sekeliling alat sulit (untuk elakkan angin pasang)

Tungku baby yg comel

Sekian...

LADA PINTAL

LADA PINTAL
Apa yg anda tahu tentang lada pintal ?
pernah dengar atau memang tak pernah tahu.?

Yang Anda Perlu Tahu : Antara kandungan KIS AURA ialah lada pintal. Lada Pintal membantu mengeluarkan keputihan, menghilangkan bau badan dan bau vagina.

Lada Pintal



Bagi mereka yang mempunyai masalah keputihan, amalkan  KIS AURA setiap hari untuk mengatasi masalah anda. Jangan biarkan ia berlarutan hingga menjejaskan aktiviti harian. Mencegah adalah lebih baik dari merawat.
"Jangan ragu-ragu, dah cuba baru tahu" (*_*)

 Tel/wp/sms atau telefon kami di 0108959829

KAYU SERAPAT

Kayu Serapat..


Ok siapa yg tak kenal herba ni ? kulit kayu serapat @ nama sains nya  (Paramaria leavigata) 

Kayu Serapat (Paramaria leavigata) yang merupakan antara bahan herba di dalam JAMU KIS AURA  adalah herba terbaik untuk diambil oleh semua wanita. Herba ini mengandungi minyak 'asiri cautchouc' dan 'getah perca' yang mampu merapatkan organ rahim khususnya apabila wanita tersebut bersalin atau menghadapi masalah rahim turun.
kulit kayu serapat

Herba Kayu Serapat juga amat sesuai untuk wanita yang mengalami gangguan edaran haid atau tidak teratur pusingannya. Selain dari itu, ia sesuai kepada wanita yang mengalami sakit pinggang, letih, kesemutan pada kaki dan tangan. 

Khasiat herba kayu serapat:-
1. Membantu melancarkan haid
2. Awet muda 
3. Membantu menghilangkan keputihan dan gatal pada bahagian sulit
4. Mengurangkan sakit pinggang
5. Membantu menyihatkan rahim

6. Menghaluskan kulit

7. Melambatkan menopause


Serbuk kayu serapat yg telah di proses
.



kapsul kayu serapat 

Berapa ramai wanita diluar sana yang ingin kami bantu untuk cuba menyelesaikan masalah kesihatan anda dengan cara pengambilan produk jamu yang enak, mudah dan berkesan

Sila pm/wp/sms atau telefon kami di 0108959829

Tuesday 23 September 2014

RAHSIA MISS V

Cara Mengetatkan Miss V



Hubungan intim antara suami isteri adalah salah satu kebahagiaan dalam rumahtangga.Keupayaan suami dan isteri untuk memberikan kepuasan seks kepada pasangan masing-masing amat penting. Keupayaan ini berkait rapat dengan kondisi alat kelamin. Vagina yang ketat dapat memberikan lebih kepuasan bukan sahaja kepada suami tetapi isteri itu sendiri. Bagaimana untuk mendapatkan vagina yang ketat, terutamanya untuk wanita yang telah melahirkan anak?
 Di bawah ada beberapa petua yang boleh anda ikut.



1. Manjakani

*Rebus 3 biji buah manjakani dengan 2 cawan air sampai mendidih dan airnya bertukar menjadi coklat pekat. Gunakan air itu untuk mencuci bahagian faraj. Amalkan setiap hari.
*Ambil sebiji buah manjakani. Masukkan kedalam nasi yang sedang mendidih, bila nasi telah kering, ambil buah manjakani tersebut dan potong kecil-kecil semasa masih lembut dan makan bersama nasih yang masih panas. Amalkan selalu.
*Rebus buah manjakani. Air rebusannya diminum.Bukan sahaja elok untuk mengetatkan faraj, tetapi juga elok untuk melangsingkan badan dan untuk awet muda.


2. Latihan Kemutan Faraj.
Amalkan membuat latihan kemutan faraj setiap pagi. Caranya dengan kemut faraj anda seolah-olah anda sedang menahan kencing selama 7 saat. Lakukan selama 20 kali setiap hari.


3. Khasiat daun Inai, Pegaga, Daun Limau Purut dan Pinang Muda. 

Pinang muda ditumbuk untuk mendapatkan airnya yang pekat. Ambil daun inai, pegaga dan daun limau purut secukupnya dan ditumbuk dan diperah untuk dapatkan air yang pekat. Campur kedua-dua jenis air ini. Ambil cotton bud dan celupkan ke dalam air ini. Celupkan cotton bud ini ke dalam faraj. Amalkan setiap hari semasa mandi petang sehingga faraj terasa benar-benar ketat.





Selamat mencuba..... Sekian

KHASIAT MANJAKANI

Khasiat Manjakani
KAJIAN menunjukkan :-

Manjakani adalah kaya dengan tannin, asid tanik, antioksidan, vitamin (terutama vitamin A dan C), kalsium, besi, serat, protein dan karbohidrat. Selain itu ia juga mengandungi unsur-unsur seperti astringen, anti-microbial dan anti-radang. Kandungan taninnya yang tinggi menyebabkanmanjakani digunakan secara meluas dalam perubatan tradisional, terutama untuk penggunaan selepas bersalin bagi mengetatkan rahim dan otot vagina yang mungkin kendur ataupun longgar akibat proses bersalin.

Kajian membuktikan bahawa unsur astringen dalam manjakani dapat membantu mengencangkan otot dinding vagina dan mengembalikan keanjalan.

Biji Manjakani


Berikut adalah antara kegunaan manjakani dalam pengubatan:

1) Awet Muda : Antioksidan dalam manjakani boleh melambatkan proses penuaan sel.

2) Merawat otot-otot di dalam faraj : Tannin yang terdapat di dalam manjakani mempunyai sifat menegangkan semula otot-otot dalam faraj dan menyebabkan faraj menjadi sempit semula.

3) Mengawal lendir dan lelehan faraj : Astringen juga mampu menyerap segala lendir dan lelehan pada faraj yang boleh menyebabkan bau yang tidak selesa.
4) Membersihkan lelehan haid dan nifas : Astringen juga mampu menyerap lebihan darah haid dan nifas.

5) Mengecutkan semula tisu-tisu : Astringen juga mengecutkan semula tisu-tisu di dalam faraj terutamanya selepas bersalin.

6) Pencegahan barah payudara dan rahim : Antioksidan dalammanjakani boleh mencegah barah buah dada dan barah rahim.

7) Pencegahan bau yang tidak diingini : Oleh kerana manjakani bersifat astringen, ia boleh membasmi bakteria dan kuman yang mengakibatkan bau yang tidak selesa pada faraj.



8) Pencegahan Kencing Manis : Asid galik boleh mencegah kencing manis dan lelah.

9) Menegangkan dan mencantikkan kulit : Astringen dalam manjakaniboleh mencantikkan kulit dan mencegah jerawat.

10) Mata yang sihat : Astringen terbukti dapat memberikan penglihatan yang jelas kerana ia mengecutkan tisu-tisu pada mata.

11) Rawatan payudara : Oleh kerana manjakani mempunyai sifat- sifat menegangkan kembali otot-otot, maka amalan meminum minuman bermanjakani dapat memperbaiki payu dara yang telah hilang kekenyalannya.

12) Gigi dan tulang : Kalsium dalam manjakani boleh membantu menguatkan gigi dan tulang.

13) Mulut : Astringen dalam manjakani mengekalkan kebersihan mulut.

14) Kulit kering dan berminyak : Astringen juga dapat mengawal kulit kering dan berminyak.

15) Perawatan kronik ulser : Amalan meminum minuman manjakani juga boleh merawat kronik ulser.

16) Pelbagai khasiat makanan : Disebabkan manjakani mempunyai serat makanan ia dapat melawaskan pembuangan air besar. Vitamin dan zat galian SERTA karbohidrat dan protein boleh memupuk kesihatan.





kapsul manjakani 

sekian


Boleh hubungi saya KIS AURA : tel/sms/whatsapp/telegram 0108959829

SALAM PERKENALAN


بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

Sirih berlipat sirih pinang,
Sirih dari Pulau Mutiara,
Pemanis kata selamat datang,
Awal Bismillah pembuka bicara..


Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Hi semua pembaca yang KIS hormati..
Aku selalu suke berangangan-angan, tapi rasanya aku harus bermula dari sekarang... aku harus mulakan kalau tak sampai bila-bila pun aku tetap macam tu jugak..kan

Berhidamat pada yg memerlukan, itulah moto ku kerana inilah cita2 aku yg telah lama aku impikan, selama ini aku hanya lakukan sebagai kerja sampingan,

Hari ni blog KIS AURA aku buka utk aku merialisasikan impian dan angan2 aku ni.... sampai masa aku perlu tonjolkan kebolehan ku,pada semua..

Mewarisi ilmu KEBIDANAN dari Bonda tercinta Siti Zahara yg aku miliki,
insyallah di sini aku akan curahkan segalanya..
kebaikan pasti di kongsi bersama.. yg nak aku amat alu-alukan.. yg tak nak masih ok.... tidak mengapa...



Saya berasal dari kampong Jawa,
Hidmat mengurut itu lah perkara utama, 
Mewarisi kebidanan dari Bonda tercinta,
Membantu anda dengan bakat yang ada.


Khidamat di beri tak kira usia,
Asal anda sehat sejahtera,..
Walau dimana anda berada,..
 Insya Allah pasti akan tiba...

Sekian..

      


Boleh hubungi saya melalui tel/sms/whatsapp/telegram/viber : 0108959829 ~KIS ~