Thursday 30 October 2014

BERTANGAS



*Bertangas ini sebenarnya adalah mandi wap herba.
Bukan terhad kepada wanita sahaja dan juga bukan untuk kaum Melayu sahaja. Bertangas untuk wanita bagus dilakukan setiap kali selepas bersalin dan selepas haid. Mungkin ramai yang sangka ia hanya untuk selepas berpantang bersalin, namun sebenarnya bagus untuk setiap kali selepas haid.


*Bertangas akan mengeluarkan peluh dan menyebabkan racun keluar daripada badan. Bagi ibu bersalin ia juga dapat membantu proses penyembuhan dan pengecutan saluran sulit dan rahim. Dalam jangka masa panjang ia dapat menghindari daripada penyakit puan seperti keputihan, saluran sulit yang longgar, rahim rendah dan 
 juga bagi
mengelakkan prolapse ( keluar tombong).

*Rawatan Bertangas terdapat dalam pelbagai cara dan ramuan. 
Biasanya terdapat dalam 2 jenis iaitu bertangas kering dan bertangas basah.
*Bahan-bahan yang digunakan untuk bertangas
adalah seperti asam gelugur, garam, jantan,
daun sirih, daun inai, halia dan biji manjakani dll.



CARA BERTANGAS
1) Tangas basah dilakukan dengan merebus ramuan tangas terus
didalam periuk dan apabila telah menggelegak diangkat periuk tanah
tersebut dan diletakkan dalam bangku tangas, pakai kain sarung tangas
dan bertangas terus.


Tangas Basah


2) Tangas kering pula menggunakan batu sungai yang telah dibekalkan.

Panaskan batu sungai kira kira 20 minit dengan api yang kecil. Angkat batu
yang panas tadi dan letakkan dalam periuk lalu dimasukan dalam bangku
tangas, pakai kain sarong tangas dan ketika hendak melakukan sesi
bertangas taburlah ramuan tangas keatas batu panas tadi dan sertamerta
asap herba akan keluar dan bertangaslah dengan asap tersebut.
Ketika duduk diatas bangku tangas dengan wap/asap panas yang keluar
lakukan latihan kemutan supaya wap tangas dapat masuk ke sistem
peranakan. sesi ini dilakukan dalam 15 minit ke 20 minit iaitu sehingga
hilang panasnya. Masa15 ke 20 minit amat sesuai dan sudah cukup untuk
melengkapkan .


Tangas Kering 

Thursday 23 October 2014

KURUSKAN BADAN SECARA SEMULA JADI

Tips kuruskan badan secara semulajadi

HAH...!  SEBENARNYA PETUA NI KIS BARU JE BUAT,TAK TAHULAH BERJAYA KE TIDAK.  HIKHIKHIK..... ITU PUN SEORANG KAWAN YG BAGI PETUA NI... JOM KITA IKUT PETUA SEMULAJADI BELIAU..


Ramai orang di luar sana tercari-cari cara menguruskan badan menggunakan bahan semulajadi khususnya dari tumbuhan. Memang banyak tumbuhan yang boleh dijadikan sebagai ramuan, namun, antara bahan yang mudah digunakan dan senang didapati ialah limau kasturi/limau nipis. Selain dapat menurunkan berat badan, ia juga dikatakan boleh mengurangkan buncit.






 Limau nipis


Buah limau nipis adalah tumbuhan perdu yang menghasilkan buah dengan nama yang sama. Tingginya boleh mencapai enam meter dan ia mengandungi banyak air serta vitamin C yang tinggi. Untuk membuat ramuan kuruskan badan secara semulajadi, ambillah limau nipis dan belah empat Perahkan jusnya dan campurkan dengan secawan teh pahit yang pekat. Minum setiap malam sebelum tidur.

Bagi yang mengalami berat badan yang berlebihan, sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari, setelah itu perah airnya ke dalam gelas yang berisi dengan air sejuk. Jadikan ia sebagai air minuman setiap kali selepas anda makan tengahari dan makan malam. Cara ini lebih elok diikuti dengan senaman ringan.

1. Air limau nipis yang anda minum boleh menurunkan berat badan anda. Caranya: Sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari, setelah itu perah airnya ke dalam gelas yang berisi dengan air sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk. Setelah itu bolehlah dijadikan air minuman setiap kali selepas anda makan tengahari dan makan malam. Cara ini boleh diikuti dengan senaman ringan. Amalkanlah meminumnya selama sebulan, berat badan anda akan beransur turun.

2. Ambil 3 sudu besar serbuk teh cina dan rendam dalam air. Tapis dan campurkan dengan air perahan limau nipis. Amalkan selalu meminumnya 2 kali sehari iaitu sebelum sarapan dan sebelum tidur.

3.Air Asam Jawa-  Jika anda mengalami masalah berat badan, air asam jawa baik dijadikan minuman harian. Air asam jawa akan mengurangkan kadar lemak dalam badan anda. Caranya: Ambil sebuku asam jawa, ramas ke dalam air sebanyak segelas. Masukkan ke dalam peti sejuk, anda jadikan minuman, selepas anda makan tengahari atau makan malam. Amalkan setiap hari, anda akan dapati tubuh anda akan bertambah segar dan langsing.

4. Selepas makan amalkan meminum Teh Hijau atau Teh Cina tambah dengan serbuk Kayu Manis dan Madu

5. Untuk mengelakkan badan menjadi gemuk selepas bersalin, cuba petua berikut :Ambil 5cm halia bara ( Halia Cina ), 10 biji lada hitam, 30 ekor ikan bilis.Tumbuk kesemua sehingga lumat.Perahkan air Limau Nipis.Dan makanlah bersama nasi panas waktu pagi dan malam, setiap hari sewaktu dalam pantang.

6. Mengurangkan buncit - Bagi lelaki yang mengalami masalah perut buncit, anda boleh mencuba petua ini iaitu ambil sedikit kapur makan dan sebiji limau purut yang telah di perah jusnya. Kapur dan limau tadi dicampur dan digaul hingga sebati. Amalkan sapu disekeliling perut sebelum masuk tidur biarkan kering sehingga pagi.

7. Mengempiskan Perut - Petua yang mudah dan kos yang murah. Anda perlu mengambil limau nipis yang telah dicampur dengan teh tanpa gula untuk tiap-tiap hari kemudian diminum. Amalkan meminum air ini dan insyaallah perut anda yang buncit akan menjadi kempis. Petua ini untuk orang yang tiada mengidap sebarang penyakit.

8. Kempiskan Perut Anda - Nak kempiskan perut senang aje, ambil air limau nipis dan campur dengan kapur sirih. Lumurkan atau sapu dekat perut, amalkan setiap malam. Insyaallah perut anda akan lebih menarik.

GOOD LUCK !!

Sunday 19 October 2014

MANDIAN HERBA

 Mandian Herba Ketika Berpantang dan untuk Orang Biasa.  

Dirumus khas sebagai herba mandian sesuai untuk wanita dalam pantang, selepas bersalin, wanita letih bekerja dan juga sesuai untuk rendaman kaki yang keletihan. Ia juga membantu bagi melancarkan peredaran darah, membuang angin, sengal-sengal otot dan melembutkan urat saraf serta meringankan badan.

Ramuan :
1. Serai wangi
Melegakan sakit kepala dan melegakan lenguh-lenguh badan.

2. Daun pandan
Bau yang memberi kesan "tenang".

3. Daun halia & isi halia (dihiris)
Membuang angin dan menghilangkan bau busuk (darah nifas)

4. Daun inai
Penyembuh luka dan masalah keputihan.

5. Daun limau purut
Merangang perjalanan darah.

6. Daun lengkuas
Memanaskan badan dan melancarkan peredaran darah

7. Pucuk / Daun jambu batu
Merawat luka, kudis dan ruam

8. Daun sirih
Mengecutkan tisu dalaman wanita dan juga bersifat "antiseptik" berupaya membunuh bakteria.

9. Daun kunyit
Makan ulam membantu mengecutkan rahim.



Cara penggunaan :


*Rebus satu bunjut herba dalam satu periuk besar bersama 2 gayung air sehingga betul-betul mendidih. Kemudian campurkan air rebusan dengan air biasa untuk mandi (agak suam2 kuku mengikut kesesuaian).

 *Bagi wanita yang keletihan dan mempunyai 'BATHTUB"  di rumah, lebih elok jika berendam selama yang perlu.

~1 bunjut boleh digunakan untuk 2-3 kali mandian (sekali sehari)
Satu pek untuk 6-9 kali mandian.

Thursday 16 October 2014

BERURUT BAGI ORANG BIASA..

BERURUT BAGI ORANG BIASA..



TEKANAN sering kali dialami kebanyakan wanita sama ada pelajar, suri rumah atau wanita bekerjaya. Beban di tempat kerja yang tiada kesudahan menyebabkan mereka mudah sakit kepala, badan terasa lesu dan cepat marah.

Saban hari mereka berkerja hingga kadang kala melebihi 12 jam daripada waktu bekerja dan tentunya membuatkan tubuh badan letih serta lemah. Lebih merumitkan lagi sikap kita sendiri yang tidak mengambil berat faktor senaman.


Sebenarnya pelbagai cara boleh dilakukan bagi mengurangkan tekanan. Ada yang melakukannya dengan beriadah bersama keluarga, bersenam, mengunjungi spa dan cara yang paling senang dan cepat ialah berurut.

Kuasa dan keajaiban sentuhan urutan memang tidak dinafikan mempunyai banyak manfaat serta memberi kesan yang begitu mendalam, bukan saja pada fizikal malah minda dan jiwa individu.Urutan jika dilakukan dengan teknik yang betul boleh menurunkan kadar degupan jantung, merendahkan tekanan darah, meningkatkan aliran darah, merehatkan otot-otot dan sebagainya.

Perkara seumpama itu bukan sesuatu mustahil kerana urutan membabitkan manipulasi struktur tisu lembut badan secara manual bagi menghilangkan ketidakselesaan, pengecutan otot dan tekanan serta meredakan kesakitan.

Urutan turut merangsang pengeluaran hormon endorfin iaitu sejenis bahan kimia yang membangkitkan rasa gembira dan meningkatkan keyakinan diri.

Wanita mudah mengalami tekanan dan bahagian tubuh yang sering menerima kesan ialah leher, bahu dan kepala. Ketiga-tiga bahagian ini berkait rapat. Justeru, apabila ‘stress’ kepala akan turut sakit.

Leher dan bahu akan tegang. Jika kita memicit bahagian ini akan terasa seperti ada benjolan menyebabkan darah tidak dapat mengalir dengan lancar sekali gus menyebabkan timbulnya  MEIGRAIN dan insomnia.

Tekanan dan ketegangan badan banyak bergantung kepada pergerakan anggota itu sendiri. Jika sebelah kiri banyak bergerak, maka bahagian kiri yang banyak mengalami ketegangan.

Jika kita sentuh bahagian yang mengalami ketegangan itu, kita akan berasa keras. Jadi untuk melembutkannya urutan ringan perlu dilakukan. Sebaik-baiknya kita mengurut seminggu sekali bagi mengelakkan penyakit seperti insomnia dan keletihan.

Bagi memudahkan urutan dilakukan, minyak aromaterapi disaran digunakan kerana berupaya merehatkan minda. Jadi sambil meredakan ketegangan anggota badan, minda juga segar.




feadah urutan:-


*Melancarkan pengaliran darah
*Menaikkan rahim
*Membetulkan urat
*Memecah lemak
*Membentuk tubuh
*Merehatkan otot-otot yang selama ini mungkin mengalami ketegangan.
*Melicinkan tekstur kulit yang menjadi organ tubuh manusia paling besar.
*Melancarkan sistem pencernaan.
*Membentuk badan.
*Menyeimbangkan minda, rohani dan jasmani.
*Mengurangkan kebimbangan dan tekanan mental


Sesuai untuk bayi hinggalah dewasa


Wednesday 15 October 2014

BERBENGKUNG

Berbengkung bagi ibu selepas bersalin

Bengkung yang baik adalah biasanya diperbuat daripada kain belacu atau kain kapas agar dapat menyerap peluh. Pada era tahun 60an, wanita yang baru lepas melahirkan anak akan mengenakan bengkung sepanjang 10 meter dan lebarnya 12 inci, akan dililitkan dengan kemas BERMULA dari bahagian pinggul hinggalah ke bahagian bawah buah dada.

Bengkung tradisional (lilit jawa)



Zaman berubah dan gaya ikatan bengkung juga turut diubah selaras dengan penggunaannya untuk menjimatkan masa dan lebih mudah dipakai. Bengkung pada zaman moden ini dijahit rapi mengikut kesesuaian tubuh badan dan menggunakan tali untuk kemaskan ikatan bengkung tersebut.

Selepas melahirkan anak, wanita dalam tempoh berpantang disyorkan mengikuti langkah-langkah rawatan mengembalikan kesegaran tubuh cara tradisi yang diwarisi sejak zaman nenek moyang. Rawatan membantu wanita mengembalikan kelangsingan tubuh itu penting kerana selama sembilan bulan hamil, perut berubah bentuk dan wanita mengalami pertambahan berat badan. Sekirannya rawatan tidak dilakukan, tubuh akan lesu tidak bermaya, muka pucat dan tidak berseri malah tubuh akan mengeleber dan tidak pejal.

Bengkung moden

Monday 13 October 2014

SENGKAK

KEBAIKAN URUTAN SENGKAK SELEPAS BERSALIN.


1) Melancarkan perjalanan darah
2) Mengeluarkan darah (lokia) yang terperangkap
3) Menaikkan rahim
4) Membetulkan urat tegang, terputus atau yang terkeluar dari tempatnya
5) Mengetat dan membentuk tubuh
6) Mempercepatkan proses pemulihan keseluruhan selepas kerja keras melahirkan anak
7)Yang seronoknya  selepas melakukan urutan seluruh badan dan sengkak ni, badan akan rase lebih segar, ringan dan selesa.
Apa yang menarik, urutan traditional selepas bersalin termasuk urutan di bahagian payudara juga, dengan kepercayaan ia akan melancarkan susu ibu.


*Rawatan urut bersalin amat digalakkan selepas para ibu melahirkan anak .Wanita Melayu yang baru bersalin dinasihatkan berurut sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut; kalau boleh lebih, lagi baik. Dan urutan penutup pantang.


Saturday 11 October 2014

BERTUNGKU


AMALAN BERTUNGKU



AMALAN  bertungku  telah berakar-umbi dalam kalangan masyarakat Melayu kerana banyak kebaikan yang diperoleh daripadanya.

Bertungku seeloknya dilakukan pada wanita yang baru melahirkan anak dan sedang berpantang. Menggunakan batu/Tungku herba yang dipanaskan merupakan cara paling mudah dan menjimatkan masa.



Salah satu amalan yang tidak di lupakan sewaktu berpantang ialah amalan bertungku. Tujuannya untuk menecutkan rahim dan memecah darah kotor supaya mengalir keluar di samping mengelakkan penyakit meroyan
.




Tungku Herba
  

Tungku Herba KIS AURA  sangat sesuai digunakan oleh ;

*Ibu ketika berpantang @ lepas bersalin.
*Bagi yang mengalami masalah sengal-sengal sendi dan otot.
*Bagi ahli-ahli sukan @ yang mengalami masalah bengkak otot dan sakit-sakit badan.
*Bagi yang mengalami masalah angin dan sakit kepala
*Bagi sesiapa sahaja yang suka mengamalkan bertungku untuk kesegaran tubuh badan.

rm25/pcs



Cara Guna :

Tungku : Kukus selama 15 hingga 25 minit. Tuamlah dibahagian badan yang diperlukan. Selepas setiap penggunaan, simpan di dalam peti ais. Ulangkan proses pertama untuk kegunaan yang ke dua. Mampu digunakan sebanyak 5 kali atau sehingga hilang bau dan warna.

Friday 10 October 2014

Produk KIS AURA



Syukur Alhamdulillah Produk KIS AURA siap sedia utk di pasarkan.. semoga dipermudahkan segala urusan..aamiin

Kepada semua pelanggan KIS AURA semoga semua berpuashati menggunakan produk KIS dan selesa bersama KIS AURA... 






*Boleh klik link ni utk rujukan khasiat manjakani.

http://aurakis.blogspot.com/2014/09/khasiat-manjakani-kajian-menunjukkan.html






*Minyak urut sapuan untuk kegunaan harian..mudah,selesa tidak melekit dan boleh di bawa kemana saja.. Juga boleh di gunakan untuk bayi.  Di perbuat dari serai wangi dan herba2 lain







*SCRUB KIS, (muka dan badan 2 in 1)



*Rutin scrub ni hanya perlu dilakukan sebanyak sekali atau dua kali seminggu (wajah) dan setiap hari atau bila-bila yang korang suka (badan) Sebum berlebihan boleh membawa kepada sel-sel kulit mati pada permukaan kulit, then akan menyebabkan jerawat, white heads, bintik hitam dan kulit kusam. 



*So untuk bersihkan kotoran dan sel kulit mati ni, jangan lupa skrub wajah/badan korang okay. So bila kulit bersih, jerawat pun kurang lah bermaharajalela atas muka dan daki-daki di badan,celah-celah chek bedah. gosok dengan lembut ya bila scrub wajah dan badan.


#KIS lebih suka tambahkan scrub kis dengan serbuk kopi dan madu lebah..kerana kandungan kopi selain mengandungi kafein,kopi juga mengandungi asam buah dan asan organik,lemak,alkaloid,menirel,potasium,magnesium dan besi yg banyak berguna untuk kecantikan kulit kita... korang pon boleh la cuba... kalau nak la..


MASK MUKA

KIS AURA ada satu tips buat mask wajah dengan bahan semulajadi.  Korang nak tak ??:

Kupas buah epal segar dan potong, kisar bersama 2 sudu madu,
Kisar dan gaul sebati hingga jadi smooth paste, kemudian sapu rata ke muka
Biarkan 15 hingga 20 minit, kemudian bilas dengan air suam

Fungsi : Mengawal kilatan, mengecilkan pori dan melembapkan wajah dengan natural. Selamat mencuba !


Ok boleh hubungi KIS AURA di tel/sms/whatsapp/telegram : 0108959829

RAHSIA ALAM


SIHAT SENTIASA DENGAN TEH BUNGA-BUNGAAN SETIAP HARI...

HARI NI KIS NAK BAGI TAHU SEMUA PARA PEMBACA APA YG KIS AMALKAN SETIAP HARI... TAPI KADANG-KADANG BILA TIME MALAS KIS TERLEPAS JUGAK LAH... HEHEHE

TEH BUNGA DARI BELBAGAI JENIS BUNGAAN SELAIN UNTUK MERAWAT SECARA SEMULAJADI DAN BOLEH MENYEGARKAN TUBUH BADAN... 

HAA.... !! NAK AWET MUDA ?? 
KALAU NAK MEH IKUTI APA YANG  KIS SARANKAN... JOM.. KITA TERJAH !!


KEBERKESANAN TEH BUNGA-BUNGAAN...


Australia Red Rose/France Purple Rose
 Teh generasi kini untuk kulit dan wajah yang cantik. Meningkatkan metobolisma,mencegah penuaan kulit.Meredakan tekanan dan perasaan cemas,menyelaraskan tenaga badan,meredakan kemurungan,mengaktifkan darah dan mencairkan beku-beku darah.sesuai untuk merawat sakit perut,gangguan kitar haid,rembesan putih wanita dan bisul buah dada.Meredakan sakit haid.mengimbangkan rembesan hormon,menguatkan fungsi buah pinggan.Baik di minum selepas makan..


 (8-10 kuntum segelas,15-18 kuntum seteko.. Rendam dengan air yang mendidih )



AUSTRALIA RED ROSE 



FRANCE PURPLE ROSE




Forget me not

Untuk pemutihan kulit,membersihkan hati dan memberi penglihatan yang jelas,menguatkan sistem buah pinggang,meningkankan metabolisme,melambatkan penuaan sel,menguatkan keimunan, mencegah bakteria dan kanser,melaraskan haid,mengurangkan lemak badan,mencegah dan mengurankan pertumbuhan tetua dan jerawat
 ( secubit untuk segelas,rendam dengan air memdidih)


forget me not




Lemon Verbana


Mententeramkan jiwa,mengurangkan perasaan cemas,membantu penghadaman,membersihkan kolon,mengurangkan berat badan dan lemak badan. Mengurangkan bengkak air pada paha,menguatkan hati,mengurangkan sakit haid,Menghilangkan toksin,meredakan radang,menurunkan panas badan,menyegarkan diri,baik untuk urin,mengurangkan sakit kepala atau migrin. loysen untuk kulit sentitif... 

( 8 daun untuk segelas, 16 daun untuk seteko.. rendam air mendidih)


Lemon Verbana




LILY
Merawat batuk,baik untuk urin .Mententeramkan hati dan jiwa,Menurunkan panas badan,melegakan paru-paru, meredakan batuk,batuk kering,batuk kahak dan muntah darah akibat kanser paru-paru...


(1/2 sudu segelas, 1 sudu seteko.. rendam dengan air yang mendidih )


LILY




Stavia Rebaudiana

Menurunkan panas badan dan menghilangkan toksin. Merawat sakit tekak,mencegah gigi rosak. sesuai untuk penyakit tekanan darah tinggi,penyakit kencing manis dan masalah berat badan berlebihan.Gula semulajadi yang tiada kolori.
(3 daun segelas,8 daun seteko)




Stavia Rebaudiana

Loquat /Pi Pa Hua

Mengurangkan kahak, meredakan Batuk, mengurangkan selsema dan menghilangkan kelembapan paru-paru.

( Reneh/Rebus, 2 hingga 3 kuntum )


Loquat /Pi Pa Hua





# Cara Bancuh Teh Bunga:-


*Masukkan sukatan teh bunga yang sesuai ke dalam bekas bancuhan.
*Masukkan air panas,rendam selama 3-5 minit sebelum minum.
*Reneh/Rebus sehingga mendidih.
*Boleh tambahkan lemon kering atau madu untuk menyedapkan rasa.

Sunday 5 October 2014

MADU LEBAH


KHASIAT MADU LEBAH

Berikut adalah antara lain Khasiat MADU LEBAH ASLI.
Meningkatkan keupayaan tenaga fizikal
Mencerahkan mata, memutih dan menguatkan gigi.
Mencergaskan otak orang dewasa dan kanak-kanak.
Menjadikan kulit lebih licin dan halus (awet muda).

MADU dan SARANG LEBAH MADU merupakan bahan asas kepada krim kulit, lipstik dan losyen tangan.
Mempercepatkan penyembuhan luka terbuka, melawan jangkitan dan meningkatkan daya ketahanan badan.

Menghilangkan kepanasan badan, batuk, selsema, meredakan urat saraf, menstabilkan sistem pernafasan, menguatkan jantung, mengelakkan kencing manis, darah tinggi dan melembapkan kerongkong serta menghilangkan serak suara.
Merawat penyakit dalam perut dan melancarkan sistem pencernaan.


 MADU LEBAH juga merupakan bahan peneutral yang bertindak menyingkirkan toksik, serta memecahkan lebihan lemak dalam sistem tubuh.


MADU LEBAH mempunyai keupayaan untuk menarik dan menyerap lembapan, oleh yang demikian ia sangat mujarab untuk merawat luka terbakar yang kecil dan mencegah parut. Menghilangkan kesan terkena api, air panas dan minyak panas (sapukan).


MADU LEBAH
adalah punca semulajadi untuk tenaga segera! Ia membekalkan sumber tenaga yang tinggi, mencegah keletihan dan boleh mempertingkatkan keupayaan atlit sukan.


BAHAN MINERAL DAN VITAMIN DALAM MADU LEBAH
Bahan mineral dan vitamin yang terdapat dalam MADU LEBAH amat diperlukan oleh tubuh badan manusia. Berikut adalah antara vitamin yang terdapat dalam MADU LEBAH:-



Vitamin A
• Berasal dari Karoten, berkhasiat untuk mata, sel-sel tubuh, selaput lendir, pertumbuhan kanak-kanak, tenaga fizikal, imuniti tubuh, kesihatan gigi dan lain-lain.

Vitamin B
• Berperanan mengatur metabolisme (metbo) badan yang sangat diperlukan bagi kehidupan dan kesihatan manusia. B5-untuk kesihatan otak (mental-ingatan).

Vitamin C
• Madu kaya dengan vitamin ini, ia melebihi daripada makanan-makanan lain. Ia berfungsi sebagai agen daya tahan tubuh, sistem saraf, epilepsy, penggerak metabolisme badan dan lain-lain.

Vitamin D
• Membantu tubuh menyerap kalsium dan fosforus dan memabfaatkan keduanya untuk tulang dan gigi. Kanak-kanak amat memerlukannya.

Vitamin E
• Ia mengaktifkan fungsi vitamin A, menguatkan struktur jantung, tumbesaran kanak-kanak, menyuburkan peranakan wanita, mengaktifkan daya seks lelaki dan wanita, menyihatkan kulit dan rambut dan awet muda.

Vitamin K

• Berfungsi melancarkan perjalanan darah (elakkan pembekuan), penyakit darah tinggi, migrain, kanser darah, mencegah batuk, bengkak-bengkak sendi dan aktif bergabung dengan enzim-enzim bagi menghasilkan tindakbalas (sistem pencernaan).





KENAPA PERLU BER URUT ?

KENAPA KENA URUT ?
Cara yang agak menyakitkan tapi hasilnya sangat memuaskan. Bila dah bekerja 24 jam dok mengadap komputer mesti sakit belakang, bahu, jari2 yang menaip tu dan paling stress kepala la. Tapi bila berurut insyallah semua tu akan hilang


Kelebihan berurut :
1. melancarkan kembali peredaran darah
2. membuang angin dalam badan
3. menghilangkan sakit-sakit badan yang tak dapat dihilangkan dengan makan ubat sahaja...
4. membetulkan urat-urat yang tersimpul
5. dapat menghilangkan kebas-kebas yang biasa dialami di tangan dan kaki
6. membetulkan rahim (paling elok untuk semua wanita dan sukar hamil)
7. mengurangkan dan menghilangkan sakit kepala dan migrin
8. membantu masalah sengugut
9. membetulkan kembali anggota badan yang terseliuh atau bengkak
10. membantu ibu-ibu selepas bersalin
11. bagi wanita hamil untuk senangkan bersalin
12. dapat mengelakan angin akhmar akibat daripada sakit darah
tinggi atau jantung
13. Naik kan peranakan (Sengkak) bagi ibu yang sudah berkahwin atau  lepas bersalin.

Dan banyak lagi la sebab dah malas nak taip hehehe....



Sapa kata berurut ni untuk orang yang dah kawen saja...salah sama sekali. Sebelum kawen la kene jaga dalam da luaran tu. Lebih2 lagi tuk dalaman..badan kita kene biasakan dan get ready utk alam perkahwenan. Nanti tak de la mengeluh susah hamil la, sakit sana sakit sini la...tu kesan klau xjaga dari muda. Saya dari sekolah menengah lagi dah berurut, makan jamu2 ni semua. kesannay alhamdulillah lepas kawen tak de banyak problem. Sikit2 tu biasa la mesti ada.

Hargai dan sayangilah badan kita macamana kita sayangkan keluarga kita. Kalau kita sakit ramai yang akan sedih sebab ramai yang memerluka kita setiap masa...Itula yang dinamakan WANITA..!!!



SEKIAN...  

Friday 3 October 2014

koleksi gambar KIS AURA


*Nak upload gambar-gambar baby dan mamanya, tapi tak tahu mana simpan semua gambar tu.... ni je la yang ada dalam simpanan... KIS pun dah pening nak cari balik gambar-gambar customer kis...Nanti lain kali KIS update lagi gambar2 yg terbaru ya.... huhu

SYUKUR ALHAMDULILLAH...

*SELESAI SUDAH MENGURUT MAMA BABY DYSHA SELAMA 5 HARI....
ADA SESIAPA YG NAK URUT ? Agagagagaaa...

#~~~mood happy~~~

 Baby Dysha 

*Nurin Sya Naziha 4kg.baru 2 hari dah pandai senyum.
baby kepada ibu Susan A Murales...



Baby Nurin Sya Naziha






*Customer Kis ni orang Cina Ana namanya,bersalin anak ke3 baby boy (lupa pulak sapa nama baby ana ni..)
 Ana ber urut selama 2 minggu.. Orang cina cara berpantangnya lain dari orang Melayu kita ,mereka tidak dibenarkan mandi selama sebulan (habis pantang) jadi ana hanya berurut saja selama 2 minggu..


Baby Boy (Ana..)

Bersama anak buah dan cucu...


Baby ni masih berumur 2 minggu.. asyik menangis je sampai 4 pagi.. bila saya check rupa2nya baby ni kembung dan angin pasang... kesian..
Alhamdulillah lepas urut baby ok tak kembong lagi.. dah boleh senyum dah.
Angin pasang tu kena la rajin tuam telo nya ngn lada ekor.. petua arwah emak dulu.

Thursday 2 October 2014

PAKEJ MANDI BUNGA


  MENAMPILKAN KEHEBATAN MANDI BUNGA KIS AURA...




*Pakej Mandi Bunga di kenali juga sebagai Mandi Aura.

*Bunga yang dipilih kebiasaannya daripada jenis bunga yang positif sahaja.

*Setiap bunga mempunyai cas-cas positif yang mampu mengurangkan cas-cas negatif dalam badan. Jika semakin banyak cas positif dalam badan maka badan semakin sihat dan segar.

*Yang dikatakan mandi aura ialah mandian bunga di percayai mampu mengimbangi aura yag tidak baik dalam badan manusia.

*Mandi bunga mampu mengembalikan aura badan yang baik.
*Aura badan yang baik mampu meningkatkan daya tarikan seseorang. Mandi bunga akan menyegarkan badan kerana  dengan keharuman bunga yang pasti memberikan kesegaran selepas mandi bunga.











Hubungi KIS AURA untuk keterangan lanjut..
tel: 0108959829 / 0162851163

SERI WAJAH KASIH


KIS AURA juga menyediakan untuk seri wajah:-

Seri wajah kasih adalah gabungan bunga-bungaan yang wangi dan segar untuk para pelanggan KIS AURA kelihatan segar dan yakin serta bersemangat.. 
Bermula dengan lafas bismillah serta selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w 3X  dan niat dalam hati atas hajat..


 Gabungan bunga-bunga nan wangi
mawar merah,putih dan kuning,bunga crisan serta bunga lain-lain


Hubungi KIS AURA untuk keterangan lanjut..
tel/sms/whatsapp/telegram: 0108959829