Saturday 31 January 2015

Bintik Hitam Pada Hidung & Pipi


Assalamualaaikum...
lamanya tak update blog...huhu
okey..nak citer pasal apa ni ??
ermmmmm.....

Selalu kan kita hadapi masalah macam ni... tak suke la kan... ?
Tak pe KIS ada tip/cara nak selesaikan nya... suke la tuh..
 ok yang nak try tu buat lah..boleh cuba... kan kan... jom kita..!!


Caranya...

Pecahkan 2 biji telur ayam dan ambil putihnya sahaja. Gunakan tisu muka ( facial cotton) dan disiat nipis. Sapukan telur di pipi dan hidung yang bermasalah dan tampalkan dengan tisu nipis tadi. Lapis semula dengan sapuan telur dan tampal lagi tisu nipis. ( Dibuat seperti masker) Biarkan sehingga kering. Setelah kering tanggalkan tisu secara perlahan-lahan. Anda akan dapati bintik-bintik hitam akan turut ditarik keluar bersama tisu tadi. Basuh muka dan bilas dengan air bersih atau pencuci muka.

Lakukan dua kali seminggu untuk hasil yang lebih berkesan.



SELAMAT MENCUBA...

Thursday 15 January 2015

Jom buat Minuman Detoks sendiri



Soalan tak boleh elak,
camne nak dapatkan kulit sihat glowing lembab macam baby.



Drown yourself
===========
haa tu dia...bukan pegi melemaskan diri yek..tapii sila minum air masak, air juice, air detox sebanyak yg mungkin setiap hari...air sangat penting untuk proses pembersihan, dalaman dan luaran...perhatikan kalau tak minum air bibir mesti kering..kulit muka jadi kasar...dan bila pakai makeup mulalah tak sekata, selain bantuan supplement dalaman dan luaran!


bila dah jadikan rutin, for sure..kulit akan maintain glow..lembab dan moist2 gitu..baru lah pakai skin care ape pun, make up ape pun, supplemnt ape pun, akan senang balance dgn kita!..kannn....

setuju ?? 






Apa air detoks ni?
Air detoks atau infused water ni ialah campuran air putih dengan buah-buahan dan dinikmati setelah dibiarkan selama 4 hingga 5 jam.Infused water ini bagus sangat untuk kesihatan tubuh badan kita sebab khasiat dari buah-buahan yang kita campurkan ni ada dalam air tersebut.

Antara fungsi terbaik jika kita amalkan minum minuman detox ni ialah ianya dapat :

1:mencuci dalaman perut dan usus
2:menurunkan berat badan
3:mengempiskan perut
4:melegakan sakit tekak
5:mencantikkan kulit kerana kandungan vitamin C yang tinggi
6:membuang toksin dalam badan
7:mengurangkan masalah selsema

Macam mana nak air detoks/infused water ni?
Senang je cara2nya.

1. Sediakan bahan2/buah-buahan mengikut kehendak kita.
2. Potong buah-buahan semuat botol/bekas. Kalau lemon dan limau nipis tu tak payah kupas kulitnya.
3. Masukkan dalam botol/bekas.
4. Tambahkan air sebanyak mana yang kita mahu.
5. Simpan dalam peti sejuk semalaman. Esok, boleh lah minum.




Tuesday 13 January 2015

Petua hilangkan Jerawat Badan

Anda ada masalah jerawat pada badan tough atau gebu masing-masing? (Takpe, boleh jawab dalam hati je.. hehe!)
Biasanya jerawat nakal ni wujud di bahagian belakang badan tu.. ntah apa-apa jerawat ni.. Mencik tau..!


Masalah jerawat sebenarnya bukan hanya tertumpu pada muka saja. Ada sesetengah individu turut ditumbuhi jerawat pada bahagian belakang badan.. Ada yang mengatakan ia berpunca daripada bakteria akibat suka tidur semasa badan berpeluh.

Petua untuk kurangkan masalah jerawat nakal pada badan tu senang je.



1: Daun Jambu Batu.

Setelah daun jambu itu dicuci, sila giling daun jambu batu tersebut. Mampukah??? kuang! kuang!
(Bolehkah kalau kita blend je daun jambu itu? ok kot!)
Kemudian, kita sental daun jambu batu yang sudah digiling itu pada badan kita yang berisiko jerawat tadi.


Daun jambu batu juga boleh digunakan untuk merawat jerawat muka, kudis, ruam, kencing manis dan seriawan mulut. Seriawan mulut ialah ulser ya.








2: Kacang Hijau



~ Memula, ambil segenggam dua kacang hijau.
(Buat bubur pon sodap kihkih...!!)


~ Kisar kacang hijau tersebut sampai halus.

~ Tapiskan/ayak kacang hijau yang telah dikisar halus tadi ke dalam sebuah bekas.

~ Kemudian, tambahkan sedikit air.

Pastikan campuran ini tak terlalu cair ataupun terlalu pekat ya.

~ Akhir sekali, sapukan campuran ini pada bahagian belakang badan anda.

Mintalah bantuan seseorang sama ada di kalangan ahli keluarga mahupun rakan serumah ya.

~ Biarkan sampai kering dan cuci dengan air suam atau air biasa.

Sebaik-baiknya anda buat setiap hari sebelum mandi sehinggalah berpuashati dengan hasil yang diperolehi.


3: guna scrub KIS pon ok gak,
Oder je ler..hehe

PRODUK KIS
(klik link)



P/S: Hey kawan kalau buat sekali dua je tapi nak result yg baik dan cepat...Memang tak la !!
penggunaan berterusan sekurang2nya 3bulan.

Sekian....Daaaaa !!

Thursday 8 January 2015

PAYUDARA YANG MENAWAN/TEGANG !



Hampir semua wanita yang sudah bersalin mengalami masalah buah dada atau payudada menjadi kendur dan tidak bermaya seperti dahulu lagi. Untuk mengatasi masalah ini, cuba lakukan salah satu petua di bawah.

1) Dapatkan beberapa helai daun sirih yang berdaun lebar dan berwarna hijau. Sapukan minyak kelapa (seelok-eloknya dibuat sendiri) pada daun sirih. Salaikan mengunakan api lilin dan tekapkan pada buah dada. Biarkan kering dan lakukan berulang kali. Menurut orang-orang tua, petua ini dipanggil 'Petua Sayang Suami'.

2) Kupas setengah biji labu dan kukus atau rebus sehingga menjadi lembik. Ramas labu tersebut ketika masih suam. Kemudian, sapukan pada seluruh buah dada lebih kurang 20 minit. Amalkan 2 kali seminggu.

3) Sapukan putih telur pada sekeliling buah dada dan biarkan kering semalaman. Amalkan 3 kali seminggu.

4) Amalkan meminum air didihan nasi sebelum tidur malam. InsyaAllah mujarab.




Cubalah petua di bawah ini untuk mendapatkan buah dada atau payudara yang cantik dan menarik.

1) Panaskan dua sudu minyak sapi kemudian biarkan sejuk. Sapu dan urutkan di sekeliling payudara selama 15 minit. Kemudian ambil sehelai tuala bersih dan basahkan dengan air suam. Lapkan minyak sapi sehingga bersih.

2) Tumbuk sepuluh biji bawang merah hingga lumat. Sapukan disekitar buah dada atau payudara, jangan terkena putingnya. Biarkan selama 15 minit. Kemudian cuci dan bilas dengan air bersih.



*Kalau tak sempat or malas nak buat..senang jew...oder je RENEW
just minum,sedap..sehat dan cantik...semudah ABC..

Renew tak macam produk kolagen yg lain sbb dia ada silika yg bolih hasilkn kolagen secara natural dalam badan utk kecantikan kulit, kuku & rambut dan utk kesihatan menyeluruhhh..





Tuesday 6 January 2015

Tahukah Anda?







Tahukah anda Ikan merupakan satu terapi yang dapat membantu anda menghilangkankan stres dan menurunkan tekanan darah!

 Dengan hanya melihat pergerakannya di dalam akuarium selama beberapa minit sahaja stress anda akan berkurangan.... 

Percayalah!