Tuesday 2 December 2014

CARA UNTUK MENAIKKAN PERANAKAN TURUN / JATUH.



Assalam alls..lama tak update blog KIS, Korang semua sihat?

Hari ni KIS nak story sikit pasal tajuk di atas tu.. u alls nak tau tak ni ?? meh teruskan membaca erkk....
Masalah ni sering di hadapi oleh kaum-kaum mcm kita ni,

terutama pada yang dah berkahwin dan yang dah melahirkan...sedikit sebanyak semua orang akan mengalaminya...samada disedari atau tidak...bergantung pada tahap mana masalah yang dihadapi...

Rahim jatuh atau dikenali sebagai prolaps boleh berlaku dalam pelbagai peringkat. Pada peringkat awal, rahim hanya jatuh sedikit daripada kedudukan biasa (yang ni memang ramai tak perasan)...
peringkat kedua apabila rahim jatuh sampai ke permukaan faraj (tahap ni akan ada rasa beberapa kesan sampingan dan tanda-tanda)...
manakala peringkat ketiga, keadaan yang sangat teruk iaitu apabila keseluruhan rahim terkeluar daripada saluran vagina dan permukaan. Ini dipanggil tombong.

Itu sebab lah org tua dulu berpesan
perempuan tak elok angkat benda yang berat-berat...
hati-hati ye..jangan nak tunjuk terer sangat...kite org perempuan..kudrat tak kuat mana...mungkin tenaga tu ada tapi ada bahagian dlm tubuh kite yg memang tak berdaya..
tapi tu lah orang-orang sekarang...payah nak dikata...ada je jawapannya...
memanglah benda ini tak membahayakan nyawa...
ikut andalah kan...


Punca-punca rahim turun
1. Jatuh terhentak yg kuat
2. Angkat benda yg berat
3. Tidak berpantang dengan baik selepas bersalin
4. Tolak benda dgn kaki terutama sekali menggunakan ibu jari
5. Obesiti
6. Pergerakan yang lasak
Kesan akibat peranakan jatuh

1. Sakit perut yang luar biasa.
2. Keluar cecair dari rahim.
3. Keputihan/lendir putih yang banyak dari kebiasaan.
4. Sakit pada ari-ari.
5. Sakit pada dinding faraj.
6. Sakit ketika 'bersama' suami.
7. Rasa kejang pada bahagian bawah perut.
8. Terasa seperti mahu bersalin/macam ada benda nak keluar dari faraj.(Ini peringkat yang teruk).
Tanda awal

1. Selalunya waktu petang lepas asar badan rasa nak demam, kaki tangan rasa sejuk.
2. Terasa nak buang air kecil dengan kerap.
3. Sakit pinggang dan sengal-sengal di bahagian bawah perut.(ari-ari)
4. Kalau berdiri, terasa seperti rahim seakan jatuh dan rasa sengal.
5. Cepat rasa penat kalau buat kerja.
6. Peha dan betis rasa kebas-kebas.




Cuba Check
1. Baring lurus, jangan guna bantal.
2. Sapu minyak pada perut dan atas ari-ari especially di bawah pusat.
3. Gosok minyak ke seluruh tempat perlahan-lahan.
4. Mulakan dengan urutan di sebelah kiri perut dan bawa ke tengah.
5. Urut sebelah kanan perut dan tarik ke tengah.
6. Bernafas seperti biasa.
7. Cuba tekan bahagian bawah pusat, betul-betul di atas ari-ari. Kalau rasa sengal dan ada rasa benjolan kecil, itu tanda peranakan anda dah jatuh.



Rawatan
Biasanya mak bidan akan urut dan naikkan balik rahim di kedudukan asal.

Cara utk menaikkan kedudukan rahim yang jatuh
Selain amalkan senaman kagel tu...cara ini pon boleh membantu...
tapi sebaiknya buat urutan sengkang rahim dulu dari mak bidan...
bagi yang dah teruk tu,sila dapatkan nasihat dari yang pakar..

kalau tak boleh tegak lurus pon tak apa..ikut kesesuaian diri...
praktice makes perfect!
kalau takut..minta bantuan sesiapa pegang kaki tu...
buatlah dalam kiraan 10-20. (slow ye kira tu) bernafas macam biasa...


(Yang ni KIS selalu buat utk diri sendiri...)

Langkah ini hanya bersifat sementara je...sebaiknya dapatkan khidmat bidan utk sengkak rahim

1. Mulakan urutan sendiri pada perut kasi lembut urat perut.
2. Bila urat perut dah lembut, perlahan-lahan sila angkat kaki ke atas dinding dan pada masa yang sama tarik bahagian yang berbenjol di atas ari-ari ke sebelah atas ( ke arah pusat).
3. urut pelan-pelan dari bawah naik ke atas
kalau sengal, berhenti dulu dan ulang sehingga anda rasa lega.
4. rehat seketika sebelum bangun.


SELAMAT MENCUBA... 
p/s: Sayangilah diri KITA...
"kerana diri KITA begitu berharga" 

No comments:

Post a Comment