Assalamualaaikum...
lamanya tak update blog...huhu
okey..nak citer pasal apa ni ??ermmmmm.....
Selalu kan kita hadapi masalah macam ni... tak suke la kan... ?
Tak pe KIS ada tip/cara nak selesaikan nya... suke la tuh..
ok yang nak try tu buat lah..boleh cuba... kan kan... jom kita..!!
Caranya...
Pecahkan 2 biji telur ayam dan ambil putihnya sahaja. Gunakan tisu muka ( facial cotton) dan disiat nipis. Sapukan telur di pipi dan hidung yang bermasalah dan tampalkan dengan tisu nipis tadi. Lapis semula dengan sapuan telur dan tampal lagi tisu nipis. ( Dibuat seperti masker) Biarkan sehingga kering. Setelah kering tanggalkan tisu secara perlahan-lahan. Anda akan dapati bintik-bintik hitam akan turut ditarik keluar bersama tisu tadi. Basuh muka dan bilas dengan air bersih atau pencuci muka.
Lakukan dua kali seminggu untuk hasil yang lebih berkesan.
SELAMAT MENCUBA...